“Jika
Anda Pandai Membaca Dan Menulis Dalam Bahasa Melayu, Saya Akan
Tunjukkan Anda Bagaimana Untuk Menjana Pendapatan Lumayan Dengan
Menulis Buku Anda Sendiri! 4 Buku Dalam Masa 365 Hari”
Walaupun Anda Tidak Pernah Menulis Karangan Lebih 5 Muka Surat
Oleh : Fauzul Na’im Ishak, Mentor Utama Akademi Penulis
Apakah
yang menyebabkan seseorang individu dengan hanya menggunakan idea dan
tinta boleh mendapat pendapatan lima angka? Bagaimana jika ada satu
formula bagi membolehkan Anda mendapat pendapatan yang sama?
Saya
ingin ceritakan satu pelaburan menarik. Pelaburan kepada apa yang sudah
terbina dalam diri kita. Memperoleh pendapatan 5 angka dengan tiada
pelaburan dalam bentuk wang satu sen pun. Ini sudah terbukti dan
dibuktikan.
Tidak percaya?
Dr. Danial Zainal Abidin memperoleh pendapatan RM 6X,XXX setahun, Dr. Tengku Asmadi, RM 2X,XXX setahun, Saudara Ramlee Awang Murshid, lebih RM 5XX,XXX dalam masa 8 tahun dan Saudara Ahmad Fadzli RM 3X,XXX setahun tanpa satu sen pun pelaburan.
Anda
inginkan maklumat yang memberikan pulangan sepanjang hayat? Mengubah
hidup Anda dan keluarga kepada yang lebih baik di masa hadapan. Ia
berterusan selagi hayat di kandung badan ditambah 50 tahun selepas mati.
Saya
cabar Anda membuktikan semua ini tidak benar selepas membaca artikel
ini. Berikan hanya 5 minit sahaja, saya akan dedahkan kepada Anda.
|
| |
|
|
Billy Lim
Pengarang dan penerbit buku bestseller, Dare To Fail.
Buku versi bahasa Melayu, Berani Gagal sudah terjual melebihi 200 ribu naskhah (dia sendiri tidak ingat berapa naskhah terjual sebab terlampau banyak kali diulang cetak). Seorang penulis jutawan.
|
|
|
| |

|
|
| |
"Saya mendapat tahu bahawa Saudara Fauzul Na'im Ishak ingin menganjurkan sebuah seminar Jana Wang Dengan Menulis.
Saya berkeyakinan penuh bahawa seminar ini menjadi tempat terbaik
belajar mengenai bidang penulisan dan penerbitan buku. Ia sesuai untuk
mereka yang ingin menulis dan hendak tahu bagaimana untuk menjana wang
melalui penulisan.
Apabila
Anda menyertai seminar ini, Anda menjimatkan banyak masa Anda,
kurangkan kekecewaan Anda. Melalui seminar ini Anda akan belajar
bagaimana menjadi penulis mengikut jalan yang betul. Segala onak duri
sudah ditebaskan dan jalan terbentang luas. Kesemua ini disampaikan
dalam satu program.
Anda
bukan sahaja mendapat ilmu tetapi boleh bertanya dan mengenal dengan
lebih dekat individu yang sudah berkecimpung lama dalam bidang ini.
Saya
amat menggalakkan kepada semua yang berminat untuk jadi penulis untuk
menyertai seminar. Jangan Anda berfikir bahawa seminar ini mahal
ataupun sebagainya. Ini kerana lebih mahal jika tidak tahu bagaimana
caranya. Apabila Anda tahu caranya, wang pun akan datang kepada Anda.
Sertai seminar ini, Anda pasti bersyukur dapat menyertainya."
|
|
|
|
Pilih satu kategori di bawah yang menggambarkan kerjaya Anda :
Anda
berada dalam mana-mana kategori di atas? Sama ada ya ataupun tidak!
Anda sebenarnya sudah berada di tempat yang betul. Kita akan jelajahi
satu dimensi baru penjanaan wang. Tanpa wang, tanpa pelaburan berisiko
tinggi. Semuanya hanya menggunakan apa yang ada pada diri. Minda dan
tulisan.
|
| |
Siapa Fauzul Na’im Ishak |
|
| |

Saya Fauzul Na’im Ishak adalah pengurus dan pengarah eksekutif di PTS Millennia Sdn Bhd, dan saya suka menggelar diri saya sebagai pengamal penerbitan. Saya berada dalam industri ini sudah 8 tahun. 8 tahun yang penuh berilmu dan berhikmah. Pengalaman dari menjadi seorang insan jahil mengenai dunia penerbitan, bekas mahasiswa dalam bidang kejuruteraan, dikatakan gila terjun ke dalam dunia penerbitan buku bersama dengan Kumpulan PTS. Gila kerana pada pandangan mata orang awam, buku adalah dunia yang dikatakan murung, kurang menarik dan penuh falsafah. Tidak mungkin ada emas atau mutiara yang dapat dikutip atau dibongkar dalam dunia ini. Satu kenyataan orang yang hanya melihat dunia penerbitan dan penulisan sebagai hanya satu dunia penuh kebosanan.
8 tahun menjelajah dunia penuh ilmu ini, membuat perolehan manuskrip untuk diterbitkan, melakukan gerak kerja jualan di bahagian tengah dan utara Semenanjung Malaysia, mengendalikan bengkel kepada lebih daripada 1000 orang penulis. Suatu yang ajaib berlaku. Dalam penjelajahan ini sedikit demi sedikit tersingkap dan terbongkar kilauan emas penuh bercahaya. Dunia yang kelam dan gelap menjadi semakin cerah dengan kilauannya.
Proses interaksi antara saya dengan para penulis seluruh semenanjung Malaysia memberikan gambaran sebenar bahawa sebenarnya tanggapan orang terhadap dunia penulisan ini adalah singkat dan cetek. Sebenarnya salah tanggap ini kerana kurangnya pendidikan yang saya panggil PENGETAHUAN KEPENGARANGAN. Kita di PTS pada tahun pertama menghadapi masalah buku-buku yang diterbitkan mempunyai kadar pulangan kedai buku yang cukup tinggi.
Kebanyakan buku yang dihantar ke kedai-kedai buku untuk dijual, dipulangkan semula dengan kadar yang banyak selepas beberapa bulan. Pada mulanya ia dilihat biasa kerana maklum balas orang industri ini mengatakan ia adalah praktis biasa industri. Keadaan ini sering berlaku dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Hutang di pencetak jangan cakaplah, orang yang berhutang dengan PTS pun banyak hinggakan ada yang dilupuskan kerana dianggap hutang lapuk (bad debt).
Apabila perkara ini berlaku, saya sebagai pengurus penerbitan pada ketika itu diminta mencari formula yang dapat mengurangkan hal ini. Dari penjelajahan bertahun ini, saya mula membangunkan apa yang dikatakan Formula Rahsia Penulis Bestseller bagi mengurangkan masalah pulangan dari kedai. Dari jualan buku satu judul 3,000 naskhah dalam masa 2 tahun habis dijual, menjadi 3,000 naskhah dalam masa setahun. Akhirnya sekarang buku-buku PTS terutamanya di bawah syarikat saya PTS Millennia Sdn. Bhd. sudah ada yang 3,000 naskhah terjual dalam masa seminggu sahaja.
Batu yang dulu disangka penuh kotor, rupanya ia adalah emas tidak ternilai harganya. Kilauan emas ini dapat dilihat jelas dengan kejayaan demi kejayaan yang diperoleh oleh syarikat kumpulan PTS yang mana saya salah seorang pengurusnya.
Dari jualan hanya sekitar RM20 ribu hingga berjaya mencecah jutaan ringgit sekarang. PTS juga dikenali sebagai antara penerbit paling agresif dan pengeluar judul-judul buku paling berjaya dalam kategori masing-masing. Para penulisnya berjaya memperoleh pulangan dalam bentuk royalti berpuluh ribu ringgit setiap tahun dan berdasarkan jualan pada tahun kewangan lepas (2007) jumlah royalti keseluruhan yang dikeluarkan dalam tahun 2008 adalah melebihi RM1.0 juta.
|
|
|
|
Hasil penjelajahan ini yang ingin saya kongsi bersama semua orang. Membongkar apakah sebenarnya Formula Rahsia Penulis Bestseller.
Formula yang berjaya menghasilkan karya luar biasa jualannya. Sesuatu
tersimpan rapat dan hanya dapat dibongkar dengan mengalaminya sendiri.
Di sini Anda akan didedahkan mengenai beberapa perkara sepanjang membaca artikel ini:
- Adakah menulis perlukan bakat?
- Dari mana datang idea?
- Bagaimana orang mencuri idea orang lain.
- Adakah orang Malaysia tidak membaca buku?
- Adakah benar semua penerbit menipu?
- Bagaimana membuat transformasi Idea kepada penulisan dan seterusnya ke global?
Setiap
satu perkara yang berlaku di dalam dunia pasti ada sains di sebalik
kejadiannya. Begitu juga sains penulisan atau ilmu kepengarangan. Tentu
ada sebab mengapa sesebuah karya itu mampu dijual dengan baik
berbanding dengan tidak.
Pengalaman
melihat karya-karya yang berkualiti tinggi diterbitkan dalam pasaran.
Akan tetapi akhirnya dilelong dalam jualan murah. Ia satu pengalaman
yang menyedihkan lagi menyesakkan jiwa. Apakah memang begini orang
Malaysia? Tidak menghargai bahan berkualiti?
Namun begitu Alhamdulillah, sepanjang menguruskan PTS Millennia Sdn. Bhd. hasil aplikasi Formula Rahsia Penulis Bestseller ini. Buku-buku terbitan kami ada yang sudah mencecah jualan luar biasa.
Satu judul 13,000 naskhah dalam masa setahun. Ada mencecah jualan 10,000 naskhah bertahun-tahun, karya sudah dikira evergreen.
Penulis yang dahulunya tidak percaya dengan dunia penulisan. Sekarang
sudah berubah dan jadi berbeza. Mereka sudah tersenyum lebar apabila
cek (royalti) berada di dalam tangan mereka.
Anda mahu jadi begitu?
Kita
boleh sebut beberapa individu pengarang di PTS Millennia yang mana buku
mereka sering berada dalam top 10 di MPH Bookstores antaranya Tuan
Haji Ahmad Fadzli Yusof (55 Petua Orang Berjaya), Dr. Danial Zainal
Abidin (Quran Saintifik dan 7 Formula Individu Cemerlang), Dr. Tengku
Asmadi Tengku Mohamad (Motivasi Alihan Pelajar) dan menariknya karya sastera Zaid Akhtar (Salju Sakinah). Mereka ini mengaplikasikan Formula Rahsia Penulis Bestseller ini dengan baik.
Inilah yang ingin saya kongsi bersama Anda. Peluang hanya diperoleh orang yang ingin bertindak. Bukan mereka yang menunggu. Caranya mudah sahaja.
Sambil Anda berada di tempat duduk, membaca artikel ini. Anda dibawa menjelajah setiap isi penting dalam formula tersebut. Baca keseluruhan artikel ini. Jangan melangkau walau satu perkataan. Saya tidak mahu Anda terlepas ilmu-ilmu penting yang tersembunyi di dalamnya.
|
| |
|
|
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Pakar motivasi Malaysia yang terkenal dengan program Motivasi Alihan Pelajar
Buku karangan beliau, Motivasi Alihan Pelajar terjual melebihi 15,000
naskhah dalam setahun (2007) dan royalti melebihi RM 2X,XXX (2007).
Sudah berjaya menghasilkan dua buku dalam pasaran. |
|
|
| |

|
|
| |
Saya
kali pertama menemui Saudara Fauzul Na'im Ishak apabila hendak menulis
dan menerbitkan buku tulisan saya. Ramai penerbit yang datang bertemu
dengan saya sebelum dan selepas beliau. Kesemuanya ingin meminta buku
tulisan Dr. Tengku Asmadi. Salah satu sebab mengapa saya serahkan buku
tulisan saya kepada PTS adalah kerana PTS ada beliau. Ini kerana saya
menemui keikhlasan dalam perjuangan beliau untuk dunia penulisan dan
penerbitan buku. Apa yang disampaikan kepada saya pada ketika itu, duit
bukanlah sebab utama beliau menerbitkan buku. Duit itu adalah perkara
yang sementara sifatnya.
Beliau
adalah orang perjuangan, dan orang berjuang ikhlas dalam melakukan
sesuatu perkara. Orang yang mempunyai perjuangan adalah orang yang
boleh pergi jauh ke hadapan. Orang tanpa perjuangan adalah orang yang
tidak ada komitmen. Semua yang dilakukan adalah secara Ad-Hoc. Orang
berjuang mempunyai passion (penghayatan dan keghairahan), kesabaran dan tidak mudah mengalah. Ini adalah sifat-sifat yang ada pada beliau.
Pada
saya, apabila ingin mencari rakan kerjasama ia mesti ada perjuangan.
Kesungguhan dan kerja keras beliau menjadikan PTS sampai ke tahap
sekarang ini. Seminar Jana Wang Dengan Menulis adalah satu seminar yang cukup baru. Tidak ramai yang berkemampuan menyampaikannya secara menyeluruh.
Apabila
ia disampaikan oleh seseorang yang berada 8 tahun dalam bidang ini
sepertimana Saudara Fauzul. Beliau bukan sahaja berpengalaman sebagai
penulis, sebagai editor, terlibat sebagai penerbit, eksekutif promosi
dan pemasaran. saya rasa belum ada orang yang sebegitu dalam bidang
penerbitan dan penulisan ini. Mungkin ada yang boleh bercakap mengenai
aspek teknikal sahaja tetapi tidak pada bahagian lain.
Pada pandangan peribadi saya, Saudara Fauzul adalah the right person (orang yang tepat) untuk bercakap mengenai penerbitan dan penulisan dari pelbagai
aspek serta menyeluruh. Ilmu yang disampaikan di dalam seminar ini
menjimatkan masa semua orang. Ini disebabkan pengalaman selama 8 tahun
itu dicurahkan dalam satu seminar yang holistik sebegini. Di mana lagi
hendak mendapatkan ilmu 8 tahun dalam masa satu hari? Di dalam Seminar Jana Wang Dengan Menulis adalah tempatnya. Saya sarankan semua orang di Malaysia mengambil
peluang ini. Jangan lepaskan peluang!
|
|
|
|
|
| |
|
|
Dr. Danial Zainal Abidin
Pakar perubatan, pakar motivasi dan perunding dalam bidang Al-Quran dan Sains
Pengarang buku bestseller, Quran Saintifik, Tip-tip Cemerlang daripada
Quran dan 7 Formula Individu Cemerlang. Penerima royalti buku terbesar
di Kumpulan PTS bagi tahun 2008. Royalti adalah RM69,000 |
|
|
| |
 
|
|
| |
Saya
bersyukur dapat mengenali Saudara Fauzul sejak 7 tahun lepas. Melalui
beliaulah saya mengenali dunia penulisan dan penerbitan buku komersial
terutamanya selepas saya menjadi penulis di bawah syarikat penerbitan
PTS.
Selama saya
mengenali beliau, beliau adalah seorang yang gigih, tekun dan seorang
pejuang. Itu jugalah yang menyebabkan saya boleh dekat dan rapat dengan
beliau. Apabila kita mengenal seseorang gigih dan tekun tetapi tiada
perjuangan, ia adalah persahabatan duniawi. Ini berbeza apabila kita
bertemu dengan seorang pejuang, gigih, tekun dan tambahan pula berjuang
untuk agama. Ia persahabatan yang jauh.
Pengalaman Saudara Fauzul dalam bidang penulisan dan penerbitan banyak membantu saya bagi menulis dan menghasilkan buku-buku bestseller..
Beliau sering memberikan pandangan dan idea membina. Ini membantu saya
mengubahsuai karya saya dan hasilnya buku-buku tersebut menjadi bestseller sekarang.
Saya banyak terhutang budi kerana itu, dan mengucapkan jutaan terima
kasih kepadanya. Saya amat berharap selepas ini beliau dapat melatih
lebih banyak penulis baru agar mereka menjadi insan yang berkualiti
tinggi peribadinya dan begitu juga penulisannya.
Sekarang, beliau menyahut cabaran itu dengan menganjurkan Seminar Jana Wang Dengan Menulis.
Saya amat menggalakkan semua orang untuk turut serta dalam program yang
cukup berharga ini. |
|
|
|
Bolehkah Saya Menulis?
"Saya rasa saya tidak pandai menulis....."
"Saya rasa saya tidak ada bakat...."
"Saya rasa orang lain lebih hebat.."
"Saya rasa tulisan saya tidak bagus.."
“Saya takut nanti apa kata orang lain mengenai tulisan saya”
“Saya takut karya tulisan saya ditolak oleh penerbit”
Ayat-ayat
biasa pembunuh semangat. Ini yang selalu muncul di minda apabila
terbaca kata kunci “MENULIS”. Apabila sebut mengenai menulis, terus
terlihat
- Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said
- Sasterawan Negara Dato’ Osman Awang
- Sasterawan Negara Profesor Emeritus Shahnon Ahmad
Siapa
kata Anda perlu jadi seperti mereka ini? Bukan itu yang ingin kita
ceritakan di sini. Kita tidak nafikan mereka ini mempunyai kecerdasan
berbahasa yang luar biasa. Namun begitu tidak perlu ada kecerdasan itu
untuk menulis.
Kita lihat beberapa individu penulis bestseller di bawah dan latar belakang mereka. Karya tulisan mereka sudah menjadi bestseller. Pendapatan dari penulisan mereka cukup lumayan.
|
Pengarang Bestseller |
Kerjaya / Pendidikan |
Bidang Penulisan |
Dr. Danial Zainal Abidin |
Doktor Perubatan |
Quran & Sains |
Billy Lim |
Ahli Pemasaran |
Motivasi Kegagalan |
Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad |
Jurutera |
Motivasi Pelajar |
Azizi Ali |
Juruterbang |
Kewangan Peribadi |
Irfan Khairi |
Sains Komputer |
Bisnes Internet |
Ahmad Fadzli Yusof |
Perundangan |
Motivasi Kejayaan |
Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah |
Sains Pertanian |
Motivasi |
|
|
Adakah mereka ini ada bakat bahasa? Adakah mereka ini menulis dalam bidang pendidikan mereka? Realitinya tidak. Tidak perlu ada kecerdasan berbahasa untuk berjaya dalam penulisan.
|
Cuba kita bayangkan satu situasi.
Satu
ketika dahulu, pada waktu kita kecil. Kita belajar menunggang basikal.
Pada kali pertama kita menunggang basikal beroda tiga.
kemudian
ia diubah kepada beroda empat (dua roda ditambah dengan dua roda di
tepi). Selepas itu diubah lagi dengan membuang satu di sebelah
hinggalah boleh berkayuh dengan dua roda.
Malah
sekarang apabila dilihat, ada anak-anak yang pandai berkayuh hanya satu
roda sahaja (dia angkat roda depan dan guna roda belakang sahaja
ala-ala mat rempit).
Dalam
proses tersebut ada waktunya kita terjatuh dan sebagainya. Adakah kita
perlukan bakat dalam menunggang motosikal? Jawapannya ya. Adakah bakat
boleh dilatih? Jawapannya juga ya.
|
|
|
Saya
yakin dan percaya, bahawa setiap manusia itu penuh dengan bakat. Ia
memang sudah tertanam dalam diri masing-masing sejak zaman kejadian
awal manusia. Semua orang mempunyai kuantiti bakat yang sama. Cuma
bezanya, manakah bakat yang dipupuk dan mana yang tidak.
Persoalannya
di sini, bagaimana hendak mengeluarkan bakat terpendam itu? kita hendak
keluarkannya ataupun tidak? Mahu berubah ataupun tidak? Mahukan
kejayaan ataupun tidak? Mahu bertindak ataupun tindak?
Saya yakin Anda adalah orang yang berani bertindak. Oleh sebab itu Anda sudah membaca sampai ke tahap ini. Teruskan pembacaan, pasti Anda menemui sesuatu di hujungnya.
Dari Mana Datang Idea?
Idea?
Dari mana datangnya idea? Apabila menyebut idea, ia datang dari anggota
badan paling utama dalam diri iaitu otak. Adakah Anda mempunyai otak?
Jika Anda mampu membaca pernyataan ini maka memang Anda ada otak.
Apabila
ada otak pasti ada idea. Idea datang dari persekitaran, dari pergaulan,
dari percakapan, dari pendidikan, dari kajian, dari pembacaan. Saya
yakin dan pasti Anda ada semua itu. Jadi tidak mungkin Anda tidak ada
idea.
Cuma yang diperlukan adalah kaedah menjana idea dan menuliskannya. Bagaimana? Ini akan diterangkan di bawah.
Idea Pembuat Sukatan Pelajaran Dicuri?
Gosip
besar bertiup kencang tidak berapa lama dahulu. Pada ketika itu sukatan
pelajaran baru digubal oleh kerajaan bagi pengajaran mata pelajaran
untuk pendidikan guru di Malaysia.
Satu
kumpulan tenaga pengajar di kalangan cerdik pandai dalam bidang itu
dikumpulkan dan diminta oleh kerajaan bagi membuat sukatan pelajaran
untuk diajar di institusi melatih bidang perguruan.
Selepas
beberapa lama, sukatan tersebut siap dihasilkan dan dipersetujui
selepas dibentangkan di kementerian. Ia menjadi asas kepada pengajaran
perguruan di Malaysia.
Apa yang
berlaku, ada seorang individu yang tidak terlibat dalam gerak kerja
itu. Beliau mengambil peluang dengan mengambil semua subjek penting
dalam sukatan pelajaran itu. Kemudian tuliskan semula ke dalam bentuk
buku. Pada ketika itu, tidak ada seorang pun dari pembuat sukatan
pelajaran bertindak melakukannya.
Apa
yang menarik daripada gosip ini. Buku karangan individu ini menjadi
rujukan utama subjek perguruan terutamanya subjek wajib. Bukunya sudah
dicetak berulang kali, sehingga sekarang sudah melebihi 12 edisi dan
setiap edisi tercetak melebihi 14 kali. Kita cuba buat congak kasar
terhadap pendapatan hasil dari buku ini. Bagi subjek perguruan saya
yakin setiap cetakan berjumlah lebih dari 5,000 naskhah.
|
Kita ambil 5,000 naskhah sebagai asas kiraan.
12 edisi X 14 kali ulang cetak X 5,000 naskhah = 840,000 naskhah
Jika
kita meletakkan anggapan setiap naskhah beliau memperoleh royalti RM1
(dikatakan pengarang ini membuka syarikat penerbitan sendiri. Syarikat
itu yang mengedarkan buku itu, pendapatannya tentu melebihi dari apa
yang kita kira di sini)
RM 1 X 840,000 = RM 840,000!!!
Banyak ataupun tidak?
BANYAK!!!!
|
|
|
Pada
pandangan saya, beliau tidak salah dalam mengambil bahan tersebut untuk
diterbitkan. Apabila kita meneliti Akta Hak Cipta, dinyatakan bahawa
idea tidak ada hak cipta. Hak cipta diberikan kepada orang yang
menzahirkan idea kepada bentuk penulisan.
Jika
benarlah ia berlaku. Cuba bayangkan bahan-bahan yang berada di tangan
kita sebagai pensyarah IPT, pembuat sukatan pelajaran baru, pemilik
bahan motivasi dan lain-lain diambil oleh orang lain dibukukan dan
diterbitkan oleh orang. Siapa rugi? Kita dan keluarga kita juga yang
rugi.
Benarkah Boleh Jana Wang dengan Menulis?
Ini satu soalan cepu emas. Adakah benar boleh buat duit dengan menulis? Kita ambil satu situasi.
Untuk pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera. Berapakah pulangannya setiap tahun? 8%? 9%? 10%?
Kita ambillah 10% (walaupun saya tak pernah dapat pulangan banyak itu lagi selama melabur)
Jika kita mahukan pulangan RM 1,000, perlu ada pelaburan RM 10,000
Jika mahukan pulangan RM 5,000 perlu ada pelaburan RM 50,000
Jika mahukan RM 10,000 perlu ada RM 100,000
Percaya ataupun tidak? Para penulis bestseller yang memberikan testimonial di atas. Mereka mendapat pendapatan 5 angka
tanpa satu sen wang dilaburkan. Mereka melabur kepada minda, masa dan
penulisan sahaja.
Anda sudah percaya sekarang?
|
| |
|
|
Bambang Trimansyah
Pengamal perbukuan Indonesia dan penulis buku-buku bestseller Indonesia
Beliau juga adalah Naib Presiden Salamadani Publishing Group, salah sebuah kumpulan syarikat penerbitan buku Indonesia. |
|
|
| |
|
|
| |
Menulis
buku adalah suatu gerak kerja dan aktiviti para pejuang. Mereka yang
berminat dan serius mempelajari bagaimana untuk menulis adalah mereka
yang berminda pejuang. Saya amat bersemangat apabila mendapat tahu
sahabat penerbit saya, saudara Fauzul Na’im, mahu menganjurkan seminar
penulisan buku di Malaysia. Seminar yang menolak dan menafikan
pemikiran konvensional bahawa menulis buku itu sulit dan tidak
menghasilkan wang.
Saya
kuat mencadangkan semua rakyat Malaysia khususnya dan nusantara amnya
bagi menyertai seminar ini sebagai jalan untuk menjadi pejuang ilmu
pengetahuan.
Tebarkan
benih buku, semaikan kearifan buku. Selamat berjaya untuk Saudara
Fauzul Na’im! Seminar luar biasa dari orang yang luar biasa! |
|
|
|
Adakah Benar Orang Malaysia Tidak Membaca?
Orang Malaysia hanya membaca buku satu muka surat satu tahun
Orang Malaysia hanya membaca dua muka surat satu tahun
Orang Malaysia membaca dua buku satu tahun
Ini
adalah maklumat yang sudah lapuk dan sering diperkatakan oleh ramai
orang. Benar ataupun tidak, Anda boleh baca penemuan-penemuan penting
mengenai mitos ini di laman web saya di www.mentorpenulis.com.
Apa
yang saya minat hendak berkongsi dengan Anda adalah hasil pengalaman
saya mengendalikan jawatankuasa kecil publisiti & promosi bagi
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 dan 2008 (dua tahun
berturut-turut).
Bilangan
pengunjung adalah 1.7 juta orang pada 2007, lebih beratus ribu dari
tahun sebelumnya (2006). Kemudian pada tahun 2008, catatan rasmi adalah
2.2 juta pengunjung. Peningkatan yang cukup signifikan. Jualan gerai
PTS juga amat baik di sana. Jualan pada tahun 2007 sekitar RM100 ribu
meningkat kepada RM200 ribu pada tahun 2008.
Data-data
ini menunjukkan bahawa minat membaca orang Malaysia meningkat dengan
pesat. Ini tidak ditambah dengan kemasukan kedai-kedai buku
antarabangsa ke Malaysia yang membuka cawangan di sini. Pertambahan
kedai buku berantai dan kedai buku persendirian yang bercambah
terutamanya di daerah-daerah kecil dan besar. Siapa mahu melabur dalam
industri yang gelap dan malap?
Segala
penemuan di atas menunjukkan bahawa dunia buku sebenarnya
terang-benderang. Namun begitu ia memerlukan orang seperti Anda yang
mempunyai pengetahuan. Pengetahuan yang ada itu amat diperlukan oleh
para pembaca. Tanpa Anda, tentu ada satu lagi ilmu hanya tersembunyi
dalam otak manusia.
Adakah Benar Penerbit Menipu?
Dalam
satu majlis di ibu kota Kuala Lumpur, saya bertemu dengan seorang tokoh
agama terkenal. Apabila disebut namanya pasti orang tahu siapa dirinya.
Dalam pertemuan tersebut saya berkesempatan berdiskusi panjang sebab
saya duduk bersebelahan dengan beliau dalam majlis tersebut. Antara
yang dibincangkan adalah penerbitan buku (orang buku, jumpa sesiapa pun
bab buku mana boleh tinggal).
“Tuan,
saya sudah lama mengikuti siri ceramah Tuan di televisyen, di forum
perdana, di radio. Adakah Tuan menulis buku? Saya tidak pernah melihat
buku tulisan Tuan di rak buku kedai”, tanya saya kepada beliau.
Beliau
tersenyum. “Saya ada beberapa buku yang ditulis dan pernah diterbitkan
oleh beberapa penerbit, ada dalam bidang kekeluargaan, bidang agama dan
beberapa lagi. Namun begitu saya agak kecewa. Saya ke Singapura, ke
Brunei, ke Sabah, ke Sarawak buku tersebut memang ada di rak kedai.
Namun begitu sehingga sekarang, saya hanya mendapat sekali sahaja
bayaran, selepas itu tidak ada lagi”
“Saya
sudah tidak percaya kepada mana-mana penerbit kecuali satu” ujar beliau
dengan menyebut satu nama penerbit milik kerajaan.
Situasi
ini bukanlah situasi ganjil. Saya mengendalikan lebih dari 80 buah
bengkel dan berpuluh program ceramah penerbitan kepada lebih dari 1,000
orang penulis dan bakal penulis. Saya mendengar pelbagai kes sebegini
dari mulut kebanyakan pengarang.
Adakah
benar penerbit yang menipu ataupun sebenarnya penulis tersebut yang
tertipu? Banyak lagi kes sebegini ditemui dan ia berterusan. Bagaimana
hendak memastikan karya Anda tidak berlaku pelanggaran hak seperti ini?
Ingin mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk melindungi hak pada
karya Anda?
Teruskan pembacaan, Anda akan mengetahui apa yang tidak akan diceritakan oleh penerbit lain di Malaysia.
Mengapa Susah Karya Saya Hendak Diterima oleh Penerbit?
Apabila
menyebut JK Rowling, secara automatik mentol menyala! Harry Porter. Ini
adalah dua nama yang tidak boleh diasingkan lagi.
Tahukah Anda?
Betapa
susahnya beliau hendak mengirimkan naskhah Harry Porter kepada
penerbit. Seorang ibu tunggal yang membesarkan seorang anak. Hidup yang
susah hingga untuk membeli sebuah mesin taip pun tidak mampu.
Beliau
menghantar manuskripnya kepada agen pertama tetapi ditolaknya. Hantar
kepada agen kedua, diterima. Namun begitu agen tersebut pula ditolak
penerbit. Hingga akhirnya selepas 1 tahun. Barulah naskhah diterima
untuk diterbitkan.
Sekarang ia
sudah menjadi satu legenda. Legenda penulis buku paling berjaya dalam
dunia. Jualannya mencecah nilai bilion pound sterling.
Ini
situasi dihadapi pengarang terkenal di Eropah. Situasi sukar
mengirimkan manuskrip ini bukan sahaja berlaku di sana. Di Malaysia
banyak pengarang yang mengeluh mengenai perkara ini.
Ada
seorang penulis yang menceritakan masalah yang dihadapi beliau. Beliau
sudah mengirimkan beberapa kali manuskrip beliau kepada beberapa
penerbit. Penerbit pertama tidak memberikan sebarang maklum balas.
Penerbit kedua mengucapkan maaf kerana manuskrip tidak sesuai
diterbitkan mereka. Penerbit ketiga pula ingin membeli manuskrip dan
tidak mahu memberikan royalti kerana pada pandangan mereka ia sukar
hendak dijual.
Berdasarkan
pengalaman saya menjadi penerbit, ada banyak sebab mengapa para
penerbit menolak sesebuah manuskrip yang dikirimkan kepada mereka. Saya
sendiri, menerima beratus manuskrip dalam satu bulan.
Setiap
hari berpuluh yang datang melalui kiriman pos, kiriman e-mel, panggilan
telefon, faks (jangan terkejut, saya pernah menerima manuskrip
melaluinya) dan sebagainya.
Apakah
yang membolehkan sesebuah manuskrip mudah diterima oleh penerbit? Ada
caranya. Ada cara yang menyebabkan apabila penerbit atau editor melihat
serta mengimbas manuskrip Anda, mereka tentu tidak akan melepaskannya
dari tangan. Bagaimana? Teruskan pembacaan Anda.
Transformasi Idea & Penulisan Global
Tahukah
Anda? Idea untuk membuat penyedut minuman (straw) yang boleh
dibengkokkan itu nilainya jutaan ringgit. Idea kelihatan mudah, rasanya
semua orang berkata. Alahai! Idea begitu aku pun boleh buat. Tapi
mengapakah Anda tidak lakukan?
Itu
yang saya ingin katakan kepada Anda. Idea adalah aset yang cukup besar.
Ia hanya menjadi besar apabila diterjemahkan kepada medium lain.
Idea
hebat tetapi disimpan ke dalam otak hanya tinggal idea. Cuba Anda
bayangkan jika Bill Gates, seorang genius komputer. Jika beliau hanya
menyimpan idea komputernya, adakah beliau akan berada di tahap beliau
sekarang?
Tentu tidak. Beliau
menjadi seorang multibillionaire kerana beliau percaya bahawa idea
boleh membuat sesuatu. Boleh diterjemahkan dalam bentuk lain. Bentuk
yang memecah pasaran global.
Adakah
Anda mahu simpan sahaja idea Anda dalam otak? Adakah Anda mahu idea
atau bahan ilmu Anda dicuri sebagaimana situasi yang saya ceritakan di
atas? Jika saya berada di pihak sebelah pembuat silibus itu tentu saya
hantukkan kepala kepada dinding. Mengapa aku tidak tulis semula silibus
yang aku buat ini ke dalam bentuk buku?
Saya
sibuk! Saya tidak ada masa! Tunggu dahulu! Bagaimana jika saya ajarkan
Anda satu teknik menulis yang sesuai untuk orang sibuk? Apabila Anda
hadamkan dan aplikasikan teknik ini. Anda boleh menulis walaupun Anda
dalam keadaan separa tidur. Ingin tahu? Teruskan lagi pembacaan.
Penubuhan Akademi Penulis

Berada
dalam industri buku selama 8 tahun adalah perjalanan yang cukup
menarik. Walaupun pada mulanya saya agak skeptikal kerana saya ini
bukanlah seorang gradun dalam bidang penerbitan. Namun begitu selepas
melalui segala onak duri penerbitan buku Malaysia, ia menjadi sesuatu
yang amat menarik.
Dalam tempoh
8 tahun saya sudah mengendalikan lebih dari 80 bengkel (saya pun tidak
ingat berapa kali saya menyampaikan bengkel, apa yang saya ingat lebih
dari 80 bengkel). Kebanyakan bengkel ini adalah anjuran organisasi
IPTA, IPTS, NGO dan ada juga jabatan kerajaan.
Ramai
yang bertanya mengapakah saya tidak buat secara terbuka (bengkel atau
seminar menulis) dan lebih tersusun. Apabila begitu lebih ramai yang
boleh mendapat manfaatnya. Saya mendapat tahu beberapa pihak sudah
menjalankannya. Namun begitu kebanyakan mereka adalah pensyarah pusat
pengajian tinggi dan ada juga pengarang yang menganjurkannya.
Walau
bagaimanapun saya terpanggil apabila melihat tidak ada orang industri
yang tampil untuk melakukannya. Satu lagi saya melihat ramai yang
berminat untuk menulis tetapi tidak tahu ilmu kepengarangan. Ramai
pengarang terjun begitu sahaja, dan yang lagi sedih ramai terkorban
(hilang selepas terbit satu dua karya)
Atas sebab itulah saya mewujudkan Akademi Penulis ini.
Seminar Jana Wang Dengan Menulis
Dalam
tempoh 8 tahun ini, berdasarkan pengalaman dan maklumat terkumpul.
Pengalaman mengendalikan bengkel penulisan, pengalaman berinteraksi
dengan pelbagai golongan penulis, pengalaman berdiskusi dengan pekedai
dan pemain dalam industri buku.
Daripada itu, saya mengeluarkan satu gagasan iaitu Formula Rahsia Penulis Bestseller. Formula ini sudah diaplikasikan oleh ramai pengarang bestseller dari luar negara dan dalam Malaysia. Cuma mereka tidak menamakannya.
Formula ini jugalah yang menjadikan syarikat PTS berkembang maju dalam
pasaran Malaysia.
Formula ini boleh dibahagikan kepada beberapa asas. Asas-asas ini dikendalikan dengan baik oleh para penulis bestseller :
- Motivasi penulisan
- Hak cipta dan penulis
- Teknik menulis
- Teknik pemasaran dan promosi
Kesemua ini saya gabungkan dan dicurahkan ke dalam satu seminar sehari iaitu Seminar Jana Wang Dengan Menulis.
|
| |
|
|
Firdaus Abdul Aziz
Pereka Grafik
Dot To Dot Digital Image Sdn. Bhd. |
|
|
| |
|
|
| |
"Saya memang berasa sangat berpuas hati dengan teknik-teknik dan seni penulisan yang di ajar. Dalam masa yang sama, boleh menjana pendapatan sampingan melalui penulisan buku. Saya amat menggalakkan agar lebih ramai yang menyertai seminar seperti ini." |
|
|
|
|
| |
|
|
Azmil Abrar
Pegawai Tadbir Diplomatik
NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) |
|
|
| |
|
|
| |
“Sebelum ini saya merasakan penulisan buku ini adalah sesuatu yang sukar dan hanya boleh dilakukan oleh segelintir orang sahaja. Tetapi, seminar ini mengubah persepsi tersebut. Menulis sememangnya mudah! Antara mahu ataupun tidak sahaja!”
|
|
|
|
|
| |
|
|
Ir Endok Sempo Mohd Tahir
Jurutera Perunding Prinsipal (electrical), Esha Engineering Consultant
Penulis buku bestseller, Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung. Sudah menulis dua buah buku dan diterbitkan oleh PTS |
|
|
| |

|
|
| |
"Saya bukan penulis profesional. Kata orang jurutera hanya pandai bermain dengan angka dan perkara logik sahaja. Oleh itu tidak boleh menulis dengan emosi, tidak boleh menjadi penulis. Saya tidak punya kelulusan akademik dalam bidang penulisan walau apa pun genrenya. Saya memang minat menulis dan selalu menulis untuk dakwah. Namun minat sahaja tidak cukup untuk menjadi penulis yang baik. Minat ini membawa saya menghadiri bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Saudara Fauzul beberapa tahun lalu. Apabila saya menghadiri bengkel penulisan yang dikendalikan oleh Saudara Fauzul saya mendapat banyak ilmu baru dan teknik penulisan terkini. Pertama kali saya mendengar kaedah KJ metode, yang membolehkan seseorang menjadi penulis yang produktif. Sesi ‘motivasi penulisan’ yang dikendalikan itu juga menyuntik satu semangat baru dan memberikan kekuatan kepada saya untuk menulis dengan lebih berdisiplin."
|
|
|
|
|
| |
|
|
Puan Farrah Dina Yusop
Universiti Malaya
Pengarang bersama buku "Mendidik anak Genius" |
|
|
| |
|
|
| |
"Bengkel penulisan kendalian En. Fauzul Naim bukan sahaja memperkenalkan teknik-teknik penulisan yang ringkas dan mudah diamalkan, malah mendedahkan saya kepada dunia penulisan komersil yang berlainan daripada dunia penulisan genre akademik yang merangkumi isu berkaitan undang-undang penerbitan, tanggungjawab penulis dan penerbit serta strategi pemasaran produk yang diamalkan penerbit."
|
|
|
|
|
| |
|
|
Adly Mukhtar & Mohd Zhafran Mohd Ghani
Team FlareBiz
Pengarang ebook bestseller, Rahsia 10K. Pencapaian terbaik ialah ketika melancarkan ebook Rahsia 10K di mana berjaya meraih jualan sebanyak 5 angka dalam masa 2 hari. |
|
|
| |
|
|
| |
Untuk menghasilkan buku yang baik, berkualiti dan menarik sebenarnya tidak cukup dengan hanya mempunyai bakat untuk menulis. Apatah lagi jika anda ingin menjadikan sesuatu karya itu laris dan bestseller. Jika anda ingin mencapai kejayaan dalam apa jua yang anda lakukan dalam dunia ini, anda perlulah mempunyai ilmu yang mantap. Untuk mendapatkan ilmu tentang penulisan yang hebat saya rasa saudara Fauzul Na'im merupakan rujukkan yang terbaik. Jika anda tidak belajar daripada yang pakar maka anda akan mengalami seperti situasi “Si buta, memimpin yang buta”. Pastikan sebelum bermula anda sudah mempunyai persiapan yang kukuh dari segi ilmu, mental dan fizikal agar segala rintangan yang anda hadapi tidak menjadi penghalang kepada anda! Anda perlu ingat bahawa “untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, anda perlu belajar daripada yang pakar.”
|
|
|
|
|
| |
|
|
Amira Hariyati Rusdi
Pengarang buku Akrab Dengan Tuhan terbitan PTS Millennia Sdn Bhd |
|
|
| |
|
|
| |
Seminar penulisan kendalian saudara Fauzul sangat praktikal dengan dunia penulisan yang dicari-cari oleh muda-mudi zaman sekarang. Penerangan beliau yang ringkas, padat dan jitu mudah difahami. Ia menggambarkan bahawa urusan dakwah melalui penulisan tidaklah sesukar mana.
|
|
|
|
Kita
alihkan minda Anda, tentu Anda berasa ada sesuatu yang menyebabkan
individu di atas memberikan pelbagai testimonial. Memberikan input
kejayaan mereka dalam dunia penulisan. Ada yang berjaya menjadi
terkenal hasil dari penulisan dan dijemput berceramah di merata tempat
selepas mula menulis.
Ada
yang memperoleh pendapatan 5 angka setiap tahun dan jangkaan saya ada
yang bakal mendapat 6 angka dalam tahun mendatang. Sebenarnya sudah ada
pengarang lain yang mendapat angka tersebut.
Dalam
penjelajahan dunia buku ini saya melihat bahawa ramai yang berpotensi
menjadi pengarang tetapi tidak tahu bagaimana hendak melakukannya.
Mempunyai bahan tetapi kurang pendedahan kaedahnya. Ada pengarang sudah
berkarya tetapi tidak tahu melindungi haknya.
Dalam
satu forum tempoh hari di sebuah institusi pengajian tinggi awam di
selatan tanah air. Saya dijemput menjadi ahli panel bersama beberapa
rakan penerbit bagi membincangkan isu tabiat membaca di Malaysia. Saya
ditanya satu soalan cepu emas, apakah karya yang boleh dijual pada masa
sekarang?
Pada pandangan saya,
semua karya dalam apa bidang sekalipun boleh menjadi buku yang laris.
Bidang perguruan, bidang pembangunan diri, bidang bisnes, bidang IT,
bidang kekeluargaan, buku akademik dan banyak lagi. Kesemuanya
mempunyai potensi bagi ditampilkan ke dalam pasaran dalam bentuk
penulisan. Sama ada fiksyen dan bukan fiksyen, semua mampu laris dalam
pasaran.
Pengalaman saya di
syarikat penerbitan, saya melihat satu demi satu karya terbitan
syarikat saya keluar dari stor dan berada di rak-rak buku kedai. Ada
antaranya dalam bidang yang saya sebutkan di atas. Lagi menarik, ada di
antara karya-karya itu diletakkan di rak top 10 kedai buku berantai
terbesar di Malaysia.
Apa
yang lebih menarik! Apabila memasuki bulan Jun di atas meja saya
bertimbun surat pengiriman royalti yang perlu ditandatangani sebelum
dikirimkan kepada para pengarang. Ada yang dua digit (puluh ringgit),
ada yang tiga digit (ratus ringgit), ada yang empat digit (ribu
ringgit) dan yang membuka mata apabila melihat penerima 5 digit (puluh
ribu ringgit).
Semuanya tidak
mustahil, Cuma apa yang perlu dilakukan adalah mengetahui caranya.
Untuk itu saya ingin menawarkan kepada Anda satu program pembangunan
penulis. Program yang saya yakin dan percaya, sesiapa memilih untuk
berada dalam program ini, mereka keluar sebagai penulis bestseller Malaysia.
|
| |
Seminar Jana Wang Dengan Menulis
meliputi beberapa modul penting iaitu : |
|
| |
|
Menjadi Penulis Bermotivasi Tinggi
|
| |
Apakah kekangan yang menyebabkan penulis tidak boleh menulis. |
| |
4 mitos dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia |
| |
5P : Formula Rahsia Penulis Bestseller |
| |
Writer's Block : Keluar dari kekangan minda |
|
|
Mengenal Hak-hak Penulis & Elakkan Tertipu
|
| |
Definisi & Aplikasi Akta Hak Cipta 1987 |
| |
Bagaimana hendak melindunginya? |
| |
Bagaimana Hendak Membuktikannya? |
| |
Apa yang perlu dilakukan apabila berlaku pelanggaran hak cipta? |
|
|
Penulis : Konsep, Subjek, Fokus & Penyelidikan
|
| |
Apakah buku berkonsep? |
| |
Menulis buku bercita rasa pembaca |
| |
Bermulanya penyelidikan : Di mana & bagaimana? |
| |
Bagaimanakah membuat Pelan Operasi Penulisan (POP)? |
|
|
Menjana Idea Berkualiti Dalam Masa Singkat
|
| |
Apakah kreatif dan bagaimana menjana kreativiti |
| |
Teknik penjanaan idea |
| |
Bagaimana menyediakan bank idea |
|
|
Teknik Menulis : Menulis Banyak Buku Dalam Masa Singkat
|
| |
Menghasilkan jalan cerita (storyline) |
| |
Peta minda sebagai kaedah menstrukturkan idea |
| |
Teknik adaptasi tanpa melanggar hak cipta |
| |
Menguasai teknik menulis dengan ayat yang mudah difahami |
| |
Pola ayat, jenis perkataan, imbuhan, panjang pendek ayat |
| |
Membina perenggan, bahagian bab dan bab |
|
|
Apa yang Boleh & Tidak Dalam Penulisan
|
| |
Indeks kebolehbacaan dan cara mengurangkannya |
| |
Tatabahasa & kesalahan yang selalu ditemui di dalam penulisan buku |
|
|
Teknik Membuat Proposal Kepada Penerbit,
Pasti Mereka Tidak Akan Menolak Karya Anda
|
| |
Penyediaan kertas kerja cadangan buku |
| |
Penghantaran karya kepada penerbit |
| |
Apakah karya yang dikehendaki sekarang |
|
|
|
Transformasi Penulis Bestseller
|
| |
Kaedah tradisional & non tradisional |
| |
Bagaimana menentukan USP (Unique Selling Proposition) Penulis |
| |
Mempakejkan buku hingga orang tidak akan terlepas pandang buku Anda |
| |
Bagaimana memasarkan karya ke global : Teknik & Aplikasi |
|
|
Dari Mana Datangnya Wang dalam Penulisan
|
| |
Royalti & wang untuk penulis |
| |
Dari Malaysia ke antarabangsa |
|
|
|
| |
|
|
|
|

|
Seminar
Jana Wang Dengan Menulis
Membongkar Formula Rahsia Penulis Bestseller |
| |
Sabtu, 17 Januari 2009
8.30 pagi hingga 6.00 petang
Hotel Vistana, Jalan Pekeliling Kuala Lumpur
|
|
|

|
|
|
Hotel
Vistana adalah sebuah hotel 4 bintang +++. Ia terletak di Jalan
Pekeliling, Kuala Lumpur. Mudah diakses dengan menggunakan perkhidmatan
pengangkutan awam.
Bagi
para penduduk di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan negeri berdekatan,
Anda boleh ke sana dengan menaiki STAR LRT (Stesen STAR LRT Titiwangsa)
dan KL Monorail (Titiwangsa).
Bagi
para peserta dari pantai timur, Anda boleh ke Kuala Lumpur dengan
menaiki bas terus ke Terminal Bas Putra berdekatan PWTC. Dari sana Anda
hanya perlu menaiki STAR LRT dengan turun ke satu stesen yang paling
dekat (Stesen STAR LRT Titiwangsa).
Tempat terhad kepada 45 35 orang peserta sahaja lagi !
(Kemaskini 9 November 2008)
|
|
|
Seminar
di atas adalah aplikasi pengalaman saya bersama para pengarang dan ia
terbukti berkesan. Mungkin ada orang yang cuba membandingkan
pengisiannya dengan beberapa bengkel anjuran organisasi lain. Apa yang
saya boleh katakan ini adalah bengkel dikendalikan individu yang sudah
lama berkecimpung secara serius dalam industri ini.
Merasai
susah senang menguruskan bisnes penerbitan buku. Ia amat berbeza dengan
teori-teori pakar yang berada di institusi pengajian tinggi. Mereka ini
tidak dinafikan tahu mengenai banyak perkara terutamanya sains
penerbitan. Namun begitu apabila ditanya kepada mereka sama ada sanggup
berhenti kerja dari menara gading dan terjun dalam bisnes ini secara
sepenuh masa. Belum tentu mereka mahu melakukannya.
Segala pengisian di atas ini juga yang berjaya melahirkan para penulis bestseller dengan jualan buku yang tinggi. Tidak cukup dengan itu, apabila Anda
membuat keputusan sekarang ada beberapa bonus tambahan yang disediakan
khusus buat Anda. Bonus ini tidak mungkin Anda peroleh di mana-mana
kursus lain.
|
| |
BONUS YANG MENYEBABKAN SESIAPA PUN MELELEH AIR LIUR
|
|
Latihan peribadi terus dari Mentor Penulis Bestseller sehingga terbit karya pertama (NILAI RM Tidak terhingga nilainya)

Khidmat nasihat dan latihan peribadi secara terus dari saya. Saya memberikan komitmen kepada Anda untuk memberikan latihan peribadi sehingga Anda berjaya menulis dan menyelesaikan karya pertama. Tidak cukup dengan itu saya akan memberikan khidmat nasihat sehingga karya tersebut dapat diterbitkan.
Selalunya bagi tujuan sebegini saya memberikan khidmat nasihat pada kadar RM 300 sejam. Namun begitu melalui seminar ini, Anda mendapat khidmat nasihat tersebut secara percuma. INI HANYA UNTUK PESERTA SEMINAR SAHAJA |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
Diskaun sebanyak 10% bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Book Pro Publishing Services selama 2 tahun. (RM 800.00)

Book Pro Publishing Services adalah anak syarikat Book Pro Group yang menyediakan perkhidmatan penerbitan bagi mana-mana organisasi ataupun individu berminat menerbitkan karya. Pihak Book Pro menyediakan perkhidmatan suntingan, susun atur huruf, kulit buku hinggalah kepada cetakan.
Pakej ini amat sesuai bagi mana-mana pihak yang ingin menerbitkan karya sendiri. Pihak Book Pro memberikan jaminan harga perkhidmatan kami adalah yang paling rendah dalam pasaran. Jika ada pihak lain memberikan harga lebih baik, pihak kami pasti boleh berikan yang lebih lebih baik.
Selalunya sebut harga lengkap tidak kurang dari RM 8,000. Jika dikira 10% penjimatan adalah sebanyak RM 800. |
|
|
| |
|
|
| |
|
|
Diskaun minimum sebanyak 15% bagi semua pembelian buku di e-Kedai.net : Kedai Buku Online Anda selama 2 tahun (Tidak ternilai harganya)

e-Kedai.n | | | |